Tuesday, July 5, 2011

Amalan di Bulan Syaaban..

Okay, I'm going to share a little bit about amalan in bulan Syaaban. As we know, next month will be the month of Ramadhan. Ramadhan is not the only month with the keberkatan that we always hear about. Syaaban has its own keberkatan too.

Dari Aisyah r.a katanya:Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami mengira bahawa baginda akan berpuasa seterusnya. Dan baginda sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. Dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban. (Riwayat al-Bukhari)

Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

And so, some of the amalan that we can do during the month of Syaaban is:

Number one:
Memperbanyakkan puasa sunat. Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

Number two:
Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW. Sabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

Number three:
Bertaubat . Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."

Last but not least:
Meraikan malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban di mana sunat ia dihidupkan dengan membaca zikir dan Al Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.

The amalan that we can do is not just the four above. The stated above is just like a guide for those yang tidak tahu what to do. We should do more good deed, worship Allah, and try to perbaiki diri. stop all wrong doing, kembali ke jalan yang diredhaiNya.

Now we know a bit of amalan that we can do, so sebarkan to others, so that others will know. And don't forget to buat amalan itu juga. don't just share with others. :)

So renung-renungkan, dan selamat beramal.. :)
InsyaAllah dgn niat yang betul, amalan kita akan diterima Allah.

1 comment:

  1. Salam'alaykum wbt.

    A very informative and beneficial post indeed. InsyaAllah, let us all try our best to earn as much reward as we can. Thanks for sharing! =)

    ReplyDelete