Thursday, July 14, 2011

amalan di malam jumaat dan hari jumaat

Assalamualaikum. Malam ini, sempena malam jumaat, saya akan berkongsi sedikit ilmu tentang amalan di malam jumaat dan hari jumaat. 'sedikit' is not because I'm a kedekut person, it's because i only know a little. hehe. Still searching for more ilmu agama. :)


okay, cukup sudah cakap banyak.. hihi..



Antara amalan sunat pada malam jumaat dan hari jumaat adalah seperti berikut:

1. Perbanyakkan selawat kepada Rasulullah s.a.w. pada malam Jumaat dan pada siang hari Jumaat. Sabda Baginda s.a.w. maksudnya, "Perbanyakkan selawat kepadaKu pada hari Jumaat dan malam Jumaat. Sesiapa yang berselawat kepadaKu satu kali, maka Allah akan berselawat dan memberikan salam kepadanya sepuluh kali." ( Riwayat al-Baihaqi )

2. Membaca surah al-Khafi pada hari Jumaat dan malam Jumaat. Abu Sa'id meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, "Sesiapa yang membaca surah al-Khafi pada hari Jumaat, maka dia akan diterangi oleh cahaya antara dua Jumaat." ( Riwayat al-Nasa'i dan al-Baihaqi )

3. Mandi sunat, berhias, dan memakai wangian. Daripada Ibn Abbas, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya hari ini ( jumaat ) ialah Hari Raya yang Allah jadikan untuk kaum muslimin. Sesiapa yang mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah dia mandi. Jika dia memiliki minyak wangi, maka hendaklah dia memakainya." ( Riwayat Ibn Mjah dan Sanad Hasan )

4. Bersegera menghadiri solat Jumaat. Malah terdapat ganjaran yang berbeza bagi orang yang bersegera ke masjid pada hari Jumaat.

So, lepas ini, boleh la kita sama-sama mengamalkan sunnah-sunnah and amalan-amalan ini. Semoga amalan yang kita lakukan diterima dan diredhai Allah. 


(Sources of the sunnah is from JAKIM)

No comments:

Post a Comment