Friday, July 20, 2012

Kejar dunia, bantu memartabatkan Islam

Assalamualaikum semua,

Selamat menyambut ramadhan mubarak. semoga, ramadhan kali ini lebih baik dan kita dapat memanfaatkan sehabis baik peluang yang ada. semoga ibadah kita semua nya ikhlas dan diterima Yang Maha Esa.

Sejak kebelakangan ni, banyak kali saya terdengar atau terbaca orang pertikaikan, kenapa pelajar yang dari luarannya byk beribadah tetapi keputusan peperiksaan kurang cemerlang. Ada golongan yang menjawab, semua tu dunia sahaja, yang penting akhirat, tak pe la kita gagal dunia, janji akhirat dapat.

Saya sebenarnya kurang setuju. Kita umat islam, umat yang terbaik, kenapa kita tidak boleh berjaya dunia dan akhirat? kenapa perlu sampai berkata 'tak pe kita gagal dunia'?

Pendapat saya, mengejar dunia juga penting. Bila saya menyebut dunia, saya tidak maksudkan hiburan. Bayangkan, kita berjaya dalam pelajaran dan mempuanyai skil yang tinggi. orang kan memandang tinggi pada kita. Ini akan membantu menaikkan nama Islam itu sendiri.

Islam kini sering dipandang rendah malah dicaci2 oleh bukan saja kafir, malah ada umat Islam sendiri yang pertikaikan hukum2 Allah.

Kita perlu mengejar dan mempelajari ilmu2 agama di dunia ini supaya kita leih faham agama sendiri dan mampu pertahan kan agama kita dari caci maki golongan lain.

Macam mana nak dapat akhirat kalau dunia kita dah gagal? Dunia adalah tempat kita mencari dan mengumpul bekalan untuk akhirat kelak.

Jadi, marilah kita semua ubah perangai, buang perangai2 yang buruk dan bukan Islamik, dan terapkan budaya Islamik. Pelajari ilmu2 Allah, bantu islam naik semua seperti zaman khalifah ar rasyidin.

Sentiasa muhasabah diri dan fikir, adakah tindak tanduk kita ini seperti yang Islam mengajar kita?

Wallahu'alam

P/S : Minta maaf atas silap kata/tulis di atas ni. Kalau yang salah tu, minta tunjuk ajar yang betul. InsyaAllah kita sama2 usaha untuk memartabatkan Islam.

2 comments:

  1. Assalam.. tp kan, kalau kita dh b'usaha, b'doa, tawakal, then result masih kurang cemerlang, mcm mne ye? mksudnya if someone yg mementingkan both dunia & akhirat..

    ReplyDelete
  2. haa, kalau mcm tu, kita redha, tp xbermaksud kita kena stop doa tawakal usaha semua tu. usaha tu tetap kena ada, and kena yakin yang Allah akn bantu kita. Setiap ujian yg kita lalui tu ada hikmahnya. kena yakin la ek. :)bgs kejar dua2. kita kalau boleh nk hebat dunia dan akhirat. tp hebat tu di mata Allah ke mata manusia? kena pilih wisely.

    ReplyDelete