Tuesday, October 25, 2011

Hujan, Satu Rahmat..

Assalamualaikum,

Hari tu pasal kerja, ari ni pasal hujan plak ye.. hehe..
Kebetulan sekarang ni musin hujan kan? Kalo kat cni, hanpir tiap2 petang hujan..
Bila malam sejuk je, kan2? hehe..

Kalau semua nak taw, hujan itu rahmat taw.. hehe..
Ni nak share beberapa potong hadis.. :)

Dari ˜Atha' bin Abu Rabah r.a katanya, dia mendengar Aisyah isteri Rasulullah saw. bercerita: Bila angin bertiup kencang dan langit mendung berawan banyak, tampak kegelisahan di wajah Rasulullah saw sehingga baginda maju mundur (berjalan mundar-mandir). Apabila hujan telah turun wajah baginda berubah menjadi gembira dan hilang kegelisahannya. Berkata Aisyah:Aku bertanya kepada baginda, apa yang menyebabkan baginda gelisah sebegitu rupa. Jawab baginda,: Aku khuatir kalau-kalau angin dan mendung itu menjadi laknat yang ditimpakan kepada umatku. Tetapi bila hujan telah turun maka hal itu adalah rahmat.
Riwayat Muslim

Haa... Agak2 apa la rahmat tu kn?? 
nak tahu x??
nak tak nak tak??

Rahmatnya adalah.......


 Allah sahajalah Yang Maha Mengetahui.. hehe..

Selain hadis atas; 

Dikhabarkan dari Aisyah r.a mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w apabila melihat hujan, baginda berkata:Semoga hujan yang bermanfaat.
Riwayat al-Bukhari

Tapi yang sedihnya, manusia sekarang, (general, xmo tuju kt mane pihak)
ada yang bila hujan, macam2 keluar dari mulut. 
Kalau doa yang disebutkan, dipinta, 
semoga mereka sentiasa terpelihara dari maksiat serta kejahatan syaitan dan manusia.

Tapi yang byk didengari, dilihat dan dibaca is
"Sedapnya tidur time hujan camni"
"Ala.. Hujan lagi, tak dapat keluar"
"Tiap2 hari hujan, tak boleh buat apa2 lngsng"

Astaghfirullah.. Taw tak ucapan camni boleh bawa pada menghina Allah.. 
Bayangkan kalau kita dapat bonus gaji, halal punya, xda haram2..
adakah kita terima dgn hati terbuka and ucapkan terima kasih?
ataupun kita menghina dan menolak bonus itu? 

Kita tergolong dlm golongan mane agak2 ek?


Salah satu hikmah hujan ni, doa kita mustajab, insyaAllah.
Berdasarkan hadis riwayat Hakim/disahihkan oleh Adz-Dzahabi,

“Dua doa yang tidak pernah ditolak; doa ketika waktu adzan dan doa ketika waktu hujan”.


So, lepas ni no more merengek sbb hujan ye.. hehe.. 
Kita sama2 amik peluang dgn byk kn berdoa pada Allah.
Doa yang baik2 taw, jgn doa yg jahat2.. hehe..


(Oh ya, kalau ada silap dlm post2 ni, minta tegur ek..
takut salah bg maklumat..
n boleh jgk berkongsi ilmu..)

No comments:

Post a Comment