Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum,
Esok RAYA!!!
Selamat Hari Raya Semua!! :)

First Skali saya nk mohon maaf atas silap salah yang pernah dilakukan.. Terpukul ke, mengata ke terumpat ke, mengejek ke, termarah ke, memaksa ke, terkasar ke, semua la.. hehe..

Harap semua maafkan and I'll try to me a better person from now on.. :)

Sebulan dh berpuasa, semoga semua puasa kita diterima, and kita semua start 1 Syawal ini dgn hati dan jiwa yang suci and bersih dr segala dosa. InsyaAllah.

And semoga kita jadi lebih baik dr sebelum ini. Yang kurang jd lebih baik. Makin berilmu, makin beriman, makin bertakwa, makin cantik dan hensem :D

akhir skali,
Selamat menyambut and pergi beraya ye.. jgn lupa puasa 6.. :)
kalau nk bg duit raya, tangan sentiasa terbuka untuk menerima.. :)


Friday, August 19, 2011

saya hamba Allah SWT.

Tiada sebab saya perlu menurut kata nafsu,
Tiada sebab saya perlu mengikut hasutan syaitan,


Saya bukan hamba nafsu, bukan juga hamba syaitan,
tetapi saya hamba Allah SWT.

PerintahNya dibuat, LaranganNya ditinggalkan dan jauhi.
Beriman kepadaNya. Takwa sentiasa. Allah Maha Besar. Tiada tuhan melainkan Allah.

Ya Allah, berikan kekuatan kepadaku untuk menghadapi setiap ujian dari Mu. 

Sunday, August 14, 2011

Alhamdulillah.. I was raised with little superstitious believes.. :)

Mengambil Peluang..

Sebenarnya bulan Ramadhan ni kita patut beribadah sebanyak yang mungkin dan memohon ampun sentiasa. Di bulan yang mulia ini, pintu-pintu syurga dibuka seluas-luasnya, pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan dirantai. Allah SWT memberi peluang kepada umatNya untuk diampunkan segala dosa dan dimasukkan ke dalam syurga.


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Apabila datangnya bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga dibuka, manakala pintu-pintu neraka ditutup, syaitan dirantaikan. (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Amat rugilah jika seseorang itu tidak dapat pengampunan dr Allah SWT dalam bulan yang pnuh keberkatan ini. Rahmat Allah di bulan Ramadhan ini sangat banyak dan sentiasa mencurah-curah untuk umat yang bertakwa dan sentiasa berdoa kepada-Nya.

Kaab bin Ujrah menceritakan suatu kisah menarik daripada Rasulullah S.A.W di mana baginda bersabda: Hampiri mimbar! Lalu kami semua menurutinya, ketika baginda melangkah ke tangga yang pertama baginda mengatakan:Amin. Apabila baginda melangkah tangga yang kedua baginda mengatakan:Amin, begitulah apabila baginda melangkah tangga yang ketiga. Lalu kami bertanyakan tentang maksud perbuatannya itu, baginda menjawab:Aku didatangi Jibrail a.s mengatakan kepadaku:Jauhlah (rugilah orang yang sempat dengan Ramadhan tetapi tidak mendapat pengampunan. Aku pun menyahut dengan berkata:Amin. Di tangga yang kedua Jibrail mengatakan:Jauhlah orang yang apabila disebut namamu (Muhammad) dia tidak mengucapkan selawat ke atasmu, aku pun menyahut:Amin. Di tangga yang ketiga Jibrail mengatakan:Jauhlah orang yang sempat dengan kedua-dua orang tuanya yang sudah uzur atau salah seorang mereka, tetapi mereka tidak memasukkan dia ke dalam syurga. Aku pun mengatakan:Amin. 


Sesiapa yang tidak usaha untuk mengambil peluang ini diibaratkan seperti seseorang yang miskin dan banyak hutangnya, lalu dilemparkan wang yang terlalu banyak dihadapannya tetapi tidak pula diusahakan untuk mengambil wang itu.


Puasa dibulan Ramadhan ini boleh menghapuskan dosa-dosa yang dilakukan dahulu.


Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda; Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu. (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Jadi, ambil lah peluang yang masih ada untuk bertaubat dan beribadah sebanyak mungkin, bukan setakat puasa dan solat, malah semua amalan sunat lain. Semoga ibadah kita diterima dan kita mendapat rahmat Allah SWT di akhirat kelak. 



Friday, August 12, 2011

Sedih ngan keadaan dunia sekarang..

Lama sgt la pulak rasa xupdate blog ni (padahal baru seminggu :p).. Idea pn xda.. Hehe.. Busy kerja.. Macam2 nk dikejarkan ms bulan ramadhan ni kn? hehe..

Tapi dalam kesibukan ni, latest news kena jugak amik tahu kn? Macam2 benda berlaku sekarang. Nmpak manusia makin pecah belah.. Dunia makin huru hara.. Maksiat pn bertambah2 kesnya. Dalam kalangan melayu pulak tu.  Melayu Islam.. Apa nk jd ni. Patutnya bulan ramadhan ni, bnyk2 kan la amalan baik. Tinggalkan la amalan yang buruk. Berubah menjadi lebih baik.

Kes dera anak, pesong akidah, liwat, mencuri, rusuhan, zina, rogol, bunuh.. Macam2 lagi yg berlaku.. Bukan satu dua, tp ramai yg melakukannya..

Bila tgk berita macam ni, mula la terpikir knapa boleh jd mcm tu? Jawapan paling senang and ramai yang mungkin akan jawab is kurang didikan agama. Tp kan, ada jgk yg blaja bnda bnda pasal agama, tp still wat jgk perkara terkutuk ni. Mungkin juga sbb xpraktikkan apa yang dipelajari kn? belajar setakat nk lulus peperiksaan. ilmu yang dipelajari xlekat dihati.

Kita perlu ada kesedaran diri. Kalau blaja setinggi mana pun, tp xamik perngajaran sebenar, ilmu tu semua jd sia2. Ilmu agama wajib dipelajari dan diamal. Dah usaha cari dan amal ilmu, doa kepada Allah perlu disusuli. Minta keredhaan-Nya. kembali kejalan yang benar.

semoga kita dijauhkan dr perkara yang Allah laknati. Perbanyakan amalan kepada Allah. Peringatan kepada diri sendiri ngn umat islam sekalian

Monday, August 1, 2011

Ramadhan sudah tiba..

Today is our first day of puasa. So macam mana puasa semua? :) I would like to share a few hadith about Ramadhan and fasting. Hope this will help our Ramadhan to be better than the past.

From Abu Huraira r.a. who said that Rasulullah (peace and blessings be upon him) said: “When you see the crescent (of the month of Ramadhan), start fasting, and when you see the crescent (of the month of Syawal), stop fasting; and if the sky is overcast (and you can't see it) then regard the crescent (month) of Ramadan (as of 30 days)".

The people in-charge have seen the crescent of the month of Ramadhan, so now, we have start our first fasting day.. :) 

Allah's Apostle (peace and blessings be upon him) said: "When the month of Ramadhan starts, the gates of the heaven are opened and the gates of Hell are closed and the devils are chained."
(Narrated by Bukhari and Muslim)

So we should take this opportunity to do more deeds, repent and change to be better. :)

How many of us today who are grateful for being given an opportunity to gain blessings and pleasures in life? When they miss out that opportunity, they regret it and look forward for second opportunity. And how many do not realise the opportunities that come and leave. Even if they do notice them, they do not feel at loss for wasting them.

Kaab bin Ujrah narrated that Rasulullah (peace and blessings be upon him) said: “Come near the pulpit,” and we came near the pulpit. When he ascended the first step of the pulpit, he said, “Ameen.” When he ascended the second step, he said, “Ameen.” When he ascended the third step, he said, “Ameen.” When he descended, we said, “’O Prophet of Allah sallallahu alayhi wasallam, we have heard from you today something which we have never heard before.” He said, “When I ascended the first step, Jibrail appeared before me and said, ‘Woe to the person who found the blessed month of Ramadhan and let it pass by without gaining forgiveness.’ Upon that I said: Ameen. When I ascended the second step, he said, ‘Woe to the person whom when your name is mentioned and he does read du’a on you.’ I replied: Ameen. When I ascended the third step he said, ‘Woe to that person in whose presence his parents or either one of them attains old age, and (through failure to serve them) he is not allowed to enter Paradise.’ I said: Ameen.”
 
It is compulsory for Muslims to fast during the month of Ramadhan because by fasting we can control our desires. In fact, with Allah’s blessings, all doors to paradise will be opened and all doors of hell will be closed. Therefore, we need to take advantage of this situation to strengthen our soul and spirit by performing acts of worship such as the tarawikh prayers and recite the Quran which suits the greatness and nobleness of Ramadhan.

So, do use this opportunity to gain more pahala ang keep up the good deeds even after Fasting month is over. I want to apologize to everyone for my mistakes no matter intentionally or not. May this Ramadhan be better than the Ramadhan before and hope that all our amalan is accepted by Allah S.A.W.
Assalamualaikum.. :)